Friday, February 28, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA


[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka




RUJUKAN


1. Normaliza Abd. Rahim (2014), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia.

Kemeriahan suasana di stesen bas itu dipenuhi oleh orang ramai yang berpusu-pusu menaiki bas ekspres untuk pulang ke kampung halaman. Sudah lamanya rasanya tidak menikmati suasana begini setelah dia mendapatkan pekerjaan di bandar metropolitan itu. Terimbas kembali kenangan ketika masih duduk sebumbung dengan ahli keluarganya, ibu, ayah, abang, kakak dan adik bongsunya. Sayup-sayup kedengaran  laungan azan subuh yan berkumandang menandakan sudah masuk waktu solat yang wajib didirikan oleh semua umat Islam di dunia ini. Ketukan di pintu bilik berkali-kali dihentak oleh ibu untuk mengejutnya dari lena dibuai mimpi untuk menunaikan solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga. Sudah menjadi kebiasaan kami adik-beradik pada setiap dini pagi hujung minggu selalu menolong ibu di dapur bagi menyiapkan sarapan. Kedengaran gelak tawa kami memenuhi ruang dapur itu apabila ayah membuat lawak sebagai hiburan kami. Kami bersama-sama bergotong-royong mengemas teratak peninggalan datuk dan nenek di kampung ini. Sebulan sekali, ayah sudah merencanakan dan menetapkan aktiviti keluarga untuk mengisi keluangan masa kami dengan aktiviti yang berfaedah. Ketika sedang mengemas, tiba-tiba kedengaran jeritan ibu dari darah dapur. Jeritan itu kedengan sangat kuat sehinggakan kami tergesa-gesa ke tempat kejadian teersebut. Kegelisahan terpancar di muka apabila ibu tidak kelihatan di situ. Puas dicari sehinggakan ternampak tubuh seseorang di atas meja makan sambil dikuis-kuis bahagian lantai dapur itu dengan batang penyapu ditangan untuk menghalau sesuatu. Kami sangat terkejut dan keliru dengan tingkah ibu sehinggalah terdengar gelak tawa ayah. Kami saling pandang sesama sendiri dan silih berganti dengan ayah dan ibu. Gelak tawa ayah yang tidak henti-henti menyebabkan kami juga berasa geli hati malah turut ketawa melihat wajah ibu kemerah-merahan menahan malu kerana kucing mahu meloncat ke atas ibu. Ayah pun berkata bahawa dari dahulu lagi ibu takut kepada kucing dan tidak membenarkan kami adik-beradik untuk membela haiwan tersebut. Semakin giat kami menyakat ibu pada ketika itu. Sungguh kenangan yang tidak dapat dilupakan sehingga kini. Kini, usia kami semakin meningkat malah ibu bapa kami juga semakin tua di kampung itu. Kerinduan yang menggunung semakin terasa dan tidak sabar mahu didakap erat tubuh tua itu. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021