Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) berkaitan tajuk 'Keputusan dan Perbincangan' dalam Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa menunjukkan tiga kajian objektif berkaitan blog iaitu  dalam Pengajian Kesusasteraan, Pembelajaran Bahasa dan Pembelajaran Teknologi. Beerdasarkan ketiga-tiga tajuk objektif kaajian yang dilakukan menunjukkan peratusan wanita adalah lebih tinggi berbanding peratusan lelaki. 


Dalam graf 6.1 mengenai kajian blog dalam Pengajian Kesusasteraan menunjukkan peratusan penggunaan blog bagi  perempuan adalah lebih tinggi berbanding peratusan lelaki. Antara genre yang dilihat adalah dari segi puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Peratusan penggunaan medium blog bagi perempuan telah menunjukkan peratusan yang lebih tinggi berbanding lelaki. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka menyatakan bahawa medium blog merupakan medium terbaik untuk berkarya atau mengarang iaitu sebanyak 80% (24 responden wanita) berbanding 66.7% (20 responden lelaki). Kebanyakan mereka menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan serta latihan penggunaan perkataan baharu. Bagi genre cerpen, peratusan antara lelaki dan perempuan menunjukkan peratusan paling tinggi iaitu melebihi 80%. Hal ini dikatakan demikian kerana penulisan yang dibuat adalah untuk menambah baik kemahiran menulis. Bagi skrip pula, penulisan ini dikatakan sangat sesuai untuk penulisan blog dengan menggunakan bahasa sasaran. Selain itu, penulisan pantun juga menunjukkan bilangan peratusan yang tinggi. Responden wanita lebih menyukai menulis pantun kepada kerana mereka mengetahui cara untuk menulis pantun. Penulisan genre-genre kesusasteraan ini telah meningkat motivasi dan tahap keyakinan mereka untuk menyumbangkan idea dalam penulisan karya.

Selain daripada penulisan blog dalam pengajian Kesusasteraan, responden juga menyatakan penulisan blog ini juga merupakan alat pembelajaran bahasa. Merujuk graf 6.2, perkara yang dilihat ialah penulisan surat, meluahkan perasaan dan penulisan teka-teki. Bagi responden perempuan, peratusan penggunaan blog sebagai medium meluahkan perasaan adalah paling tinggi berbanding penulisan surat dan penulisan teka-teki. Hal ini dapat dilihat kesemua responden perempuan menyatakan bahawa meluahkan perasaan melalui blog adalah yang terbaik iaitu sebaanyak 100% (30 responden wanita). Hal ini dikatakan demikian kerana mereka menggunakan blog untuk menulis secara peribadi. Merujuk peratusan lelaki pula, mereka lebih cenderung dalam penulisan teka-teki berbanding yang lain  iaitu sebanyak 93.3% (28 responden lelaki). Mereka lebih menyukai menulis teka-teki kerana banyak menerima banyak komen daripada pembaca. 

Dalam penulisan blog di dalam Pembelajaran teknologi pula, peratusan yang ditunjukkan lebih cenderung kepada penggunaan video, audio dan gambar. Merujuk graf 6.3, peratusan responden wanita menunjukkan peratusan paling tinggi berbanding responden lelaki. Ketiga-tiga jenis pembelajaran teknologi bagi peratusan responden perempuan adalah sebanyak 100% bagi video, audio dan gambar. Responden lelaki menyatakan bahawa dengan memasukkan video ke dalam blog mampu memberi kepuasan kepada mereka.  Antara video yang dimuatnaik adalah muzik, cerpen pendek atau dokumentari. Bagi audio pula, kesemua blog bagi responden lelaki dan perempuan mengandungi lagu kegemaran mereka dan terdapat juga senarai lagu yang diletakkan di dalam blog mereka.  Dari segi gambar, peratusan bagi responden lelaki rendah sedikit tetapi masih menunjukkan peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 93% kerana responden wanita yang lebih banyak memuat naik gambar ke dalam blog mereka dengan menggunakan telefon bimbit. 

Kesimpulannya, penulisan blog dalam pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran teknologi menunjukkan kebanyakan responden memperoleh keyakinan melalui penulisan blog. Melalui penulisan blog juga dapat membantu mereka mempertingkatkan kefahaman kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi secara tidak langsung. 

RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021