Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 Cara Menulis Blog Dengan Baik.

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.

2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

7. Dapat dibaca dan difahami.

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.



Blog merupakan salah satu media sosial yang sangat popular digunakan pada masa ini. Penggunaan blog banyak memaparkan kisah-kisah pengguna yang ingin dikongsi untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Menurut Normaliza Abd. Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Kebanyakan penulisan blog ini digunakan dalam kalangan belia, khususnya dalam kalangan pelajar atau remaja kini.

Melalui pembacaan buku yang bertajuk ' Eh!! Media Sosial', terdapat 10 cara penulisan blog yang baik dinyatakan di halaman 137. Penulis menyenaraikan cara-cara penulisan blog yang baik untuk dijadikan rujukan kepada pembaca. Bimbingan dan cara-cara penulisan blog ini dapat memberi manfaat kepada khalayak pengguna terutamanya kepada pengguna baharu yang mula berminat untuk memulakan langkah sebagai penulis. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan penulis sering  menggunakan halaman blog ini untuk menulis idea-idea atau karya-karya mereka supaya dapat dibaca oleh masyarakat. Selain itu, blog juga merupakan platform untuk mencungkil bakat penulisan yang kreatif dan efektif untuk kegunaan pengguna.

Selain itu, penggunaan ayat juga amat ringkas kerana kebanyakan daripada mereka menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh khalayak ramai. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan ayat tersebut mudah untuk menyampaikan sesuatu perkara yang penting  kepada khalayak ramai.


Rujukan

1. Normaliza Abd. Rahim (2014), Learning Through Blog writing Embraching the Technology. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.
2. Noraien Mansor & Normaliza Abd. Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021