Kisah ini menceritakan mengenai Alim yang gembira kerana dia serta keluarganya dapat pulang ke kamung nenek dan datuknya di Kajang. Keterujaan Alim semakin tinggi apabila dia tidak sabar untuk melihat dan bermain bersama-sama haiwan ternakan nenek dan datuknya iaitu ayam dan itik, Setibanya di kampung, Alim terus ke reban lama, namun ayam dan itik tersebut tidak kelihatan di situ. Dia berasa sedih dan marah menyebabkan Alim menangis di reban ayam itu. Tangisannya didengari oleh ahli keluarganya dan juga nenek dan datuknya. Nenek dan datuknya bergegas ke tempat tersebut dan mereka bertanya sebab Alim menangis. Nenek dan datuknya menunjukkan kepada Alim keberadaan sekumpulan ayam dan itik tersebut yang ditempatkan di sebuah reban yang baharu dan menyebabkan Alim terseyum girang. Setelah dia puas melihat ayam dan itik, dia masuk ke dalam rumah dan memandang sekeliling rumah nenek dan datuknya. Dia bingung melihat kelainan keadaan rumah nenek dan datuknya lalu dia menangis kerana menyangka bahawa rumah tersebut sudah tiada. Nenek pun terus memujuk dan menceritakan keadaan perabot di dalam rumah itu dan menyebabkan Alim terus berhenti menangis. Kedua-dua orang ibu bapa Alim serta nenek dan datuknya sedih melihat keadaan Alim dan bingung dengan kelakuannya. Di sebalik itu, mereka melihat dan mendengar suara gelak tawa Alim serta adik-beradiknya di dapur sambil menonton cerita kartun di televisyen. Suasana ini menyebabkan hubungan mereka menjadi lebih akrab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Gambar di atas menunjukkan manfaat dan kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Terdapat lima manfaat yang dinyatakan dan dapat menj...
-
Pada tarikh 17 Februari 2020, kumpulan kami, Kumpulan 6 yang bernama Citra Purnama Production telah melakukan aktiviti berkumpulan iaitu de...
-
Gambar-gambar yang diambil mengandungi jenis-jenis asas fotografi iaitu long shot, medium shot, potrait , mug shot dan close up. 1) L...
No comments:
Post a Comment