Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

BAHAGIAN A

STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori Kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & levinson (1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu. 

FATHIN NADZIRA BINTI ZABIDI 196882

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu.


BAHAGIAN B : CERITA SOSIAL 2
Cerita bermula apabila bapa Alim membawa pulang buah-buahan tempatan yang baru dibelinya di pasar tani. Bapanya tahu bahawa adik-beradik Alim amat menyukai buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, manggis, buah langsat, buah duku, dan lain-lain. Bapa Alim telah menyuruh Abang Imran memanggil ibu dan adik-beradiknya untuk makan bersama-sama. Ibu Alim menyediakan bakul sampah untuk anak-anaknya supaya tidak buang sisa-sisa buah-buahan itu merata-rata dan kesemua keluarganya menikmati buah-buahan itu. Setelah itu, Alim bertanya kepada ibunya jika dia mahu berkongsi buah-buahan itu kepada Sulaiman kerana ibu dan bapa selalu berpesan bahawa berkongsi adalah satu perbuatan yang baik. Ibu Alim pun mengasingkan buah-buahan itu lalu menghulurkan plastik tersebut kepada Alim. Alim berlari ke arah Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah dan menghulurkan buah-buahan tersebut. Alim tersenyum puas apabila dia dapat berkongsi buah-buahan itu kepada Sulaiman. Setelah habis makan, ketika Alim sedang membuang sampah, dia terserempak dengan Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah berterima kasih kepada Alim kerana memberi buah tersebut kepada Sulaiman. Kebaikan yang diberikan oleh Alim membuatkan Mak Cik Timah berasa gembira kerana ada yang sudi berkawan dengan anaknya. Sepanjang Alim berjalan menuju ke rumahnya, Mak Cik Timah menghantar pandangan ke arah Alim sambil bersyukur dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan keluarga Alim.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021