Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020 : Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

BAHAGIAN B

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosnan proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Saya bersetuju dengan kedua-dua rujukan tersebut kerana kebanyakan individu mempunyai potensi menulis sesuatu karya dengan baik. Namun begitu, kebanyakan daripada mereka tidak meneruskan bakat yang sedia ada. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka terlalu memikirkan tindak balas daripada pembaca. Bagi kalangan pelajar pula, mereka lebih memilih untuk melibatkan diri secara langsung dalam proses pembelajaran bahasa. Walau bagaimanapun, proses pembelajaran bahasa juga boleh diaplikasikan melalui medium media sosial seperti penulisan blog, Twitter dan sebagainya jika penggunaan bahasa tersebut mengikut tatabahasa yang betul.


RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu. 



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021