Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Pada tarikh 17 Februari 2020, kumpulan kami, Kumpulan 6 yang bernama Citra Purnama Production telah melakukan aktiviti berkumpulan iaitu dengan menyenaraikan lima elemen asas grafik  dalam multimedia. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah gunting, UHU gluestickmounting board, reben dan pisau lipat. Setiap kumpulan diminta untuk mencari lima gambar di dalam majalah dan memberi ulasan setiap elemen tersebut. Proses-proses yang telah dilaksanakan adalah dengan memilih gambar yang menunjukkan elemen-elemen tersebut dan menampal pada mounting board dengan menggunakan gam UHU. Sebelum proses menampal dilakukan, kami telah menunjuk dan meminta pandangan Prof. Normaliza sama ada gambar tersebut sesuai dengan kelima-lima elemen asas grafik. Proses terakhir, kami hendaklah membuat buku skrap dengan menggabungkan gambar-gambar tersebut.



Elemen asas grafik dapat dilihat dari segi mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Dari segi elemen asas grafik warna, kumpulan kami memilih gambar kosmetik kerana penggunaan warna yang digunakan menyerlah dan menarik. Dari segi elemen mudah pula, kumpulan kami memilih gambar air terjun kerana gambar tersebut sangat ketara. Untuk elemen teks, pilihan gambar siluet  masjid menunjukkan elemen teks digunakan di dalam majalah. Hal ini dapat dilihat penggunaan teks di ruang atas seimbang dengan penggunaan teks di ruang bawah gambar. Walaupun tidak banyak teks diletakkan, namun kita dapat mengetahui bahawa gambar tersebut menunjukkan gambar masjid. Seterusnya, gambar persisiran pantai dipilih sebagai elemen asas grafik kesesuaian kerana gambar tersebut mempunyai latar tempat yang sesuai untuk ditonjolkan di dalam majalah. Penggunaan kombinasi warna biru dan putih memberikan ketenangan kepada pembaca. Bagi elemen keseimbangan pula, gambar sebatang pokok di waktu senja mempunyai nilai keseimbangan pada ruang atas, iaitu menggunakan warna terang dan ruang bawah yang menggunakan warna yang lebih gelap.


Gambar di atas merupakan contoh-contoh yang kumpulan kami telah siapkan. 


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021