Cerita bermula apabila bapa Alim membawa pulang buah-buahan tempatan yang baru dibelinya di pasar tani. Bapanya tahu bahawa adik-beradik Alim amat menyukai buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, manggis, buah langsat, buah duku, dan lain-lain. Bapa Alim telah menyuruh Abang Imran memanggil ibu dan adik-beradiknya untuk makan bersama-sama. Ibu Alim menyediakan bakul sampah untuk anak-anaknya supaya tidak buang sisa-sisa buah-buahan itu merata-rata dan kesemua keluarganya menikmati buah-buahan itu. Setelah itu, Alim bertanya kepada ibunya jika dia mahu berkongsi buah-buahan itu kepada Sulaiman kerana ibu dan bapa selalu berpesan bahawa berkongsi adalah satu perbuatan yang baik. Ibu Alim pun mengasingkan buah-buahan itu lalu menghulurkan plastik tersebut kepada Alim. Alim berlari ke arah Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah dan menghulurkan buah-buahan tersebut. Alim tersenyum puas apabila dia dapat berkongsi buah-buahan itu kepada Sulaiman. Setelah habis makan, ketika Alim sedang membuang sampah, dia terserempak dengan Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah berterima kasih kepada Alim kerana memberi buah tersebut kepada Sulaiman. Kebaikan yang diberikan oleh Alim membuatkan Mak Cik Timah berasa gembira kerana ada yang sudi berkawan dengan anaknya. Sepanjang Alim berjalan menuju ke rumahnya, Mak Cik Timah menghantar pandangan ke arah Alim sambil bersyukur dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan keluarga Alim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
10 Cara Menulis Blog Dengan Baik. 1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. 2. Cerita menarik yang dapat menarik hat...
-
BAB 1 PEKAKA BERCERITA : ANIMASI DAN LAGU CERITA RAKYAT MELAYU BAB 2 KONFLIK NILAI MELALUI TEK...
-
Assalamualaikum semua, harini saya ingin membincangkan beberapa aktivti dalam buku Media Sosial. Terdapat faedah penggunaan media sosial ni....
No comments:
Post a Comment