Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacan Kritis (Vandijk, 1977)


VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi mempunyai teori VanDijk (1977). Teori tersebut menyatakan terdapatnya kerangka pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Elemen yang terdapat di dalamnya meliputi makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Struktur makro lebih memfokuskan kepada analisis daripada makna global sesuatu teks atau tema sesuatu teks. Bagi struktur mikro pula, struktur ini  memfokuskan makna lokal daripada sesuatu teks daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Rujukan/Bibliografi

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021