Friday, February 28, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA


[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka




RUJUKAN


1. Normaliza Abd. Rahim (2014), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia.

Kemeriahan suasana di stesen bas itu dipenuhi oleh orang ramai yang berpusu-pusu menaiki bas ekspres untuk pulang ke kampung halaman. Sudah lamanya rasanya tidak menikmati suasana begini setelah dia mendapatkan pekerjaan di bandar metropolitan itu. Terimbas kembali kenangan ketika masih duduk sebumbung dengan ahli keluarganya, ibu, ayah, abang, kakak dan adik bongsunya. Sayup-sayup kedengaran  laungan azan subuh yan berkumandang menandakan sudah masuk waktu solat yang wajib didirikan oleh semua umat Islam di dunia ini. Ketukan di pintu bilik berkali-kali dihentak oleh ibu untuk mengejutnya dari lena dibuai mimpi untuk menunaikan solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga. Sudah menjadi kebiasaan kami adik-beradik pada setiap dini pagi hujung minggu selalu menolong ibu di dapur bagi menyiapkan sarapan. Kedengaran gelak tawa kami memenuhi ruang dapur itu apabila ayah membuat lawak sebagai hiburan kami. Kami bersama-sama bergotong-royong mengemas teratak peninggalan datuk dan nenek di kampung ini. Sebulan sekali, ayah sudah merencanakan dan menetapkan aktiviti keluarga untuk mengisi keluangan masa kami dengan aktiviti yang berfaedah. Ketika sedang mengemas, tiba-tiba kedengaran jeritan ibu dari darah dapur. Jeritan itu kedengan sangat kuat sehinggakan kami tergesa-gesa ke tempat kejadian teersebut. Kegelisahan terpancar di muka apabila ibu tidak kelihatan di situ. Puas dicari sehinggakan ternampak tubuh seseorang di atas meja makan sambil dikuis-kuis bahagian lantai dapur itu dengan batang penyapu ditangan untuk menghalau sesuatu. Kami sangat terkejut dan keliru dengan tingkah ibu sehinggalah terdengar gelak tawa ayah. Kami saling pandang sesama sendiri dan silih berganti dengan ayah dan ibu. Gelak tawa ayah yang tidak henti-henti menyebabkan kami juga berasa geli hati malah turut ketawa melihat wajah ibu kemerah-merahan menahan malu kerana kucing mahu meloncat ke atas ibu. Ayah pun berkata bahawa dari dahulu lagi ibu takut kepada kucing dan tidak membenarkan kami adik-beradik untuk membela haiwan tersebut. Semakin giat kami menyakat ibu pada ketika itu. Sungguh kenangan yang tidak dapat dilupakan sehingga kini. Kini, usia kami semakin meningkat malah ibu bapa kami juga semakin tua di kampung itu. Kerinduan yang menggunung semakin terasa dan tidak sabar mahu didakap erat tubuh tua itu. 

Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik

Setelah prof membuat penilaian terhadap hasil kerja asas grafik minggu lepas, kumpulan kami berjaya memperoleh 3 bintang daripada Prof Normaliza. Penilaian yang diberikan telah membuatkan  kami berasa bangga dengan usaha yang mengambil masa selama 4 jam sahaja.


Antara asas grafik yang ditunjukkan ialah asas grafik mudah. Kami memilih gambar air terjun kerana gambar tersebut sudah jelas menunjukkan gambar air terjun dan gambar tersebut mudah difahami.





Untuk asas grafik warna pula, kami memilih gambar alat kosmetik kerana penggunaan warna gambar tersebut menyerlah dan penggunaan warna latar belakang gambar tersebut tidak seakan-akan dengan warna alat kosmetik tersebut.



Bagi asas grafik teks pula, kami memlilih gambar yang menggunakan saiz font yang sesuai dan mudah supaya mesej yang ingin disampaikan dengan baik mudah difahami.



Kumpulan kami memilih gambar pesisiran pantai sebagai asas grafik kesesuaian kerana penggunaan grafik  bersesuaian dengan latar yang digunakan. 



Asas grafik keseimbangan merujuk kepada ruang dalam gambar tersebut seimbang kiri dan kanan atau atas dan bawah seperti penggunaan warna gelap dan warna terang. 












BBM3410Satu2020: Blanket test

Kumpulan Citra Purnama Production

Soalan 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan kesesuaian?



Jawapan : Kesesuaian bermaksud kesesuaian gambar mengikut latar seperti latar tempat, latar masa, latar watak yang ada dalam sesebuah gambar.


Soalan 2 : Gambar tersebut menunjukkan asas fotografi yang mana?



Asas fotografi dalam gambar berkenaan menunjukkan jenis medium shot. Medium shot dalam gambar menunjukkan seorang gadis yang jelas wajahnya dengan separa badan. Hal ini menunjukkan bahawa gambar medium shot untuk gambar berkenaan hendak memfokuskan gadis tersebut.

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

Gambar-gambar yang diambil mengandungi jenis-jenis asas fotografi iaitu long shot, medium shot, potraitmug shot dan close up.
1) Long shot

Gambar di atas menunjukkan permandangan jarak jauh dari kamera, namun gambar tersebut jelas kelihatan dengan gambaran keseluruhan. Gambar jenis ini juga memperlihat gambaran seseorang yang tidak kelihatan ekspresi muka dengan jelas.


2) Medium shot


Gambar yang diambil dikenali sebagai medium shot kerana gambar diambil dalam jarak yang hampir dengan kamera dan wajah atau ekspresi seseorang di dalam gambar tersebut lebih menyerlah.

3) Potrait


Hasil gambar di atas merupakan hasil gambar potrait yang berfokuskan dalam jarak yang dekat. Kebanyakan mengambil gambar potrait kerana dapat mempamerkan sesuatu sama ada wajah seseorang tataupun keseluruhan badan .

4) Mug shot
kebanyakan gambar mug shot hanya memfokuskan bahagian muka dan diambil dalam jarak yang dekat. Tujuannya adalah untuk mempamerkan raut wajah dan ekspresi seseorang secara terperinci.


 Gambar Mug Shot : Nurul Amirah Nadiah Ishak


 Gambar Mug Shot : Ahmad Faisal



Gambar Mug Shot : Fira Hanis Amanina Abd Rashid



Gambar Mug Shot : Nor Umira Hamzah



Gambar Mug Shot : Siti Noor Farihin Abd Manas



Gambar Mug Shot : Nurul Najwa Omar Dani



Gambar Mug Shot : Anis Maisarah Sharulnizam



Gambar Mug Shot : Intan Syahira Mohd Isa



Gambar Mug Shot : Nurul Najwa Mohd Zamahuri



Gambar Mug Shot : Fathin Nadzira Zabidi



5) Close up

Gambar close up  di atas diambil dalam jarak yang dekat dan memfokuskan bahagian muka seseorang. Gambar ini menunjukkan wajah seseorang dengan lebih teliti seperti memfokuskan pada bahagian mata dan alat-alat kosmetik

Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH


Gambar di atas menunjukkan manfaat dan kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. Terdapat lima manfaat yang dinyatakan dan dapat menjadi rujukan kepada pelajar dalam usaha meningkatkan pengetahuan dalam bahasa.

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Cerita bermula apabila bapa Alim membawa pulang buah-buahan tempatan yang baru dibelinya di pasar tani. Bapanya tahu bahawa adik-beradik Alim amat menyukai buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, manggis, buah langsat, buah duku, dan lain-lain. Bapa Alim telah menyuruh Abang Imran memanggil ibu dan adik-beradiknya untuk makan bersama-sama. Ibu Alim menyediakan bakul sampah untuk anak-anaknya supaya tidak buang sisa-sisa buah-buahan itu merata-rata dan kesemua keluarganya menikmati buah-buahan itu. Setelah itu, Alim bertanya kepada ibunya jika dia mahu berkongsi buah-buahan itu kepada Sulaiman kerana ibu dan bapa selalu berpesan bahawa berkongsi adalah satu perbuatan yang baik. Ibu Alim pun mengasingkan buah-buahan itu lalu menghulurkan plastik tersebut kepada Alim. Alim berlari ke arah Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah dan menghulurkan buah-buahan tersebut. Alim tersenyum puas apabila dia dapat berkongsi buah-buahan itu kepada Sulaiman. Setelah habis makan, ketika Alim sedang membuang sampah, dia terserempak dengan Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah berterima kasih kepada Alim kerana memberi buah tersebut kepada Sulaiman. Kebaikan yang diberikan oleh Alim membuatkan Mak Cik Timah berasa gembira kerana ada yang sudi berkawan dengan anaknya. Sepanjang Alim berjalan menuju ke rumahnya, Mak Cik Timah menghantar pandangan ke arah Alim sambil bersyukur dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan keluarga Alim.

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Pada tarikh 17 Februari 2020, kumpulan kami, Kumpulan 6 yang bernama Citra Purnama Production telah melakukan aktiviti berkumpulan iaitu dengan menyenaraikan lima elemen asas grafik  dalam multimedia. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah gunting, UHU gluestickmounting board, reben dan pisau lipat. Setiap kumpulan diminta untuk mencari lima gambar di dalam majalah dan memberi ulasan setiap elemen tersebut. Proses-proses yang telah dilaksanakan adalah dengan memilih gambar yang menunjukkan elemen-elemen tersebut dan menampal pada mounting board dengan menggunakan gam UHU. Sebelum proses menampal dilakukan, kami telah menunjuk dan meminta pandangan Prof. Normaliza sama ada gambar tersebut sesuai dengan kelima-lima elemen asas grafik. Proses terakhir, kami hendaklah membuat buku skrap dengan menggabungkan gambar-gambar tersebut.



Elemen asas grafik dapat dilihat dari segi mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Dari segi elemen asas grafik warna, kumpulan kami memilih gambar kosmetik kerana penggunaan warna yang digunakan menyerlah dan menarik. Dari segi elemen mudah pula, kumpulan kami memilih gambar air terjun kerana gambar tersebut sangat ketara. Untuk elemen teks, pilihan gambar siluet  masjid menunjukkan elemen teks digunakan di dalam majalah. Hal ini dapat dilihat penggunaan teks di ruang atas seimbang dengan penggunaan teks di ruang bawah gambar. Walaupun tidak banyak teks diletakkan, namun kita dapat mengetahui bahawa gambar tersebut menunjukkan gambar masjid. Seterusnya, gambar persisiran pantai dipilih sebagai elemen asas grafik kesesuaian kerana gambar tersebut mempunyai latar tempat yang sesuai untuk ditonjolkan di dalam majalah. Penggunaan kombinasi warna biru dan putih memberikan ketenangan kepada pembaca. Bagi elemen keseimbangan pula, gambar sebatang pokok di waktu senja mempunyai nilai keseimbangan pada ruang atas, iaitu menggunakan warna terang dan ruang bawah yang menggunakan warna yang lebih gelap.


Gambar di atas merupakan contoh-contoh yang kumpulan kami telah siapkan. 


BBM3410Satu2020: Blanket Test

KUMPULAN 6 CITRA PURNAMA PRODUCTION
Apa elemen asas grafik dari sebuah gambar pemandangan di sebuah jeti ?

Teks. Walaupun gambar tersebut tidak mempunyai teks, tetapi kita sudah tahu gambar itu menunjukkan pemandangan di sebuah jeti.

Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Kisah ini menceritakan mengenai Alim yang gembira kerana dia serta keluarganya dapat pulang ke kamung nenek dan datuknya di Kajang. Keterujaan Alim semakin tinggi apabila dia tidak sabar untuk melihat dan bermain bersama-sama haiwan ternakan nenek dan datuknya iaitu ayam dan itik, Setibanya di kampung, Alim terus ke reban lama, namun ayam dan itik tersebut tidak kelihatan di situ.  Dia berasa sedih dan marah menyebabkan Alim menangis di reban ayam itu. Tangisannya didengari oleh ahli keluarganya dan juga nenek dan datuknya. Nenek dan datuknya bergegas ke tempat tersebut dan mereka bertanya sebab Alim menangis.  Nenek dan datuknya menunjukkan kepada Alim keberadaan sekumpulan ayam dan itik tersebut yang ditempatkan di sebuah reban yang baharu dan menyebabkan Alim terseyum girang. Setelah dia puas melihat ayam dan itik, dia masuk ke dalam rumah dan memandang sekeliling rumah nenek dan datuknya. Dia bingung melihat kelainan keadaan rumah nenek dan datuknya lalu dia menangis kerana menyangka bahawa rumah tersebut sudah tiada. Nenek pun terus memujuk dan menceritakan keadaan perabot di dalam rumah itu dan menyebabkan Alim terus berhenti menangis. Kedua-dua orang ibu bapa Alim serta nenek dan datuknya sedih melihat keadaan Alim dan bingung dengan kelakuannya. Di sebalik itu, mereka melihat dan mendengar suara gelak tawa Alim serta adik-beradiknya di dapur sambil menonton cerita kartun di televisyen. Suasana ini menyebabkan hubungan mereka menjadi lebih akrab.

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 Cara Menulis Blog Dengan Baik.

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.

2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

7. Dapat dibaca dan difahami.

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.



Blog merupakan salah satu media sosial yang sangat popular digunakan pada masa ini. Penggunaan blog banyak memaparkan kisah-kisah pengguna yang ingin dikongsi untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Menurut Normaliza Abd. Rahim (2014), blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Kebanyakan penulisan blog ini digunakan dalam kalangan belia, khususnya dalam kalangan pelajar atau remaja kini.

Melalui pembacaan buku yang bertajuk ' Eh!! Media Sosial', terdapat 10 cara penulisan blog yang baik dinyatakan di halaman 137. Penulis menyenaraikan cara-cara penulisan blog yang baik untuk dijadikan rujukan kepada pembaca. Bimbingan dan cara-cara penulisan blog ini dapat memberi manfaat kepada khalayak pengguna terutamanya kepada pengguna baharu yang mula berminat untuk memulakan langkah sebagai penulis. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan penulis sering  menggunakan halaman blog ini untuk menulis idea-idea atau karya-karya mereka supaya dapat dibaca oleh masyarakat. Selain itu, blog juga merupakan platform untuk mencungkil bakat penulisan yang kreatif dan efektif untuk kegunaan pengguna.

Selain itu, penggunaan ayat juga amat ringkas kerana kebanyakan daripada mereka menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh khalayak ramai. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan ayat tersebut mudah untuk menyampaikan sesuatu perkara yang penting  kepada khalayak ramai.


Rujukan

1. Normaliza Abd. Rahim (2014), Learning Through Blog writing Embraching the Technology. Terengganu : Universiti Malaysia Terengganu.
2. Noraien Mansor & Normaliza Abd. Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Keluarga Tercinta

Apabila kita cerita pasal keluarga, sudah pastinya wajah ibunda dan ayahanda kita dan turut serta wajah-wajah adik beradik kita terlayar di minda. Keluarga merupakan satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui satu pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para anggota duduk atau menetap di bawah satu bumbung yang sama.

Dalam salasilah keluarga saya, saya mempunyai 6 orang ahli iaitu, arwah bapa, ibu, kakak dan dua orang abang yang kini menetap di Kuantan, Pahang. Sejak ibu bapa saya kahwin lagi, kami sekeluarga tinggal bersama-sama arwah datuk dan dua orang ayah saudara di sebuah rumah yang sederhana. Ibu saya yang bernama Zalina binti Bidin atau dikenali sebagai Kak Lin merupakan seorang suri rumah yang sudah lama berkhidmat sejak sekian lama hahahahahahah mak saya ni juga ada mengusahakan pembuatan karipap pusing frozen secara kecil-kecilan di rumah. Ibu saya ini merupakan seorang yang peramah dan suka berfikiran positif. Dia merupakan tunjang kehidupan atau nadi kehidupan kami adik-beradik setelah pemergian arwah bapa saya pada tanggal 2014. Namun begitu, ibu saya tetap ceria dan menjalani hari-harinya bersama-sama kami sebab anak-anaknya yang boleh tahan perangai dan kenakalannya.

Saya mempunyai 4 orang adik beradik, iaitu kakak saya, dua orang abang da termasuk saya sendiri. Jarak usia yang dekat menyebabkan kami sangat rapat dan saling bergantung antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, ada kalanya kami pernah bergaduh besar disebabkan hal-hal kecil.




BBM3410Satu2020: Tentang Diri

Assalamualaikum dan salam perkenalan,



Nama yang diberi ialah Fathin Nadzira Binti Zabidi. Kalau nama agak panjang, anda juga boleh panggil saya dengan nama Fathin ke Athin atau lebih baik dipanggil Si Jelita... ahaks! Lahir pada tanggal 1 April 1998 dan kini masih berumur 21 tahun dan berasal dari negeri Tok Gajah, iaitu negeri Pahang. Kini, saya sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia dan mengambil kursus Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu).
Apakah yang menarik tentang diri saya? Semestinya cantik, menawan, baik, rajin, cantik, jelita, cantik, ... Hahahahahhaha gurau-gurau... Saya ini hanyalah insan biasa yang dilahirkan di muka bumi ini untuk menghiasi hari-hari kebahagian keluarga tercinta.

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021