Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Senaraikan 3 nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 3 : Keluarga Saya.
1) Ringan tulang.
2) Berdikari.
3) Menghargai orang yang tersayang.

Terdapat beberapa nilai yang terdapat dalam cerita sosial ini. Yang paling ketara adalah sifat Alim yang ringan tulang menolong ibu bapanya setiap hari. Nilai ini patut dicontohi oleh masyarakat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kerana nilai ini dapat dipupuk sejak kecil lagi. Nilai kedua yang dilihat dalam cerita sosial ini adalah sifat Alim yang berdikari. Dia akan mengemas sendiri permainannya setelah bermain. Nilai ini ketara menunjukkan sifat Alim yang telah dipupuk oleh ibu bapanya supaya berdikari. Yang ketiga adalah menghargai orang yang tersayang. Sifat Alim yang menghormati ibu bapanya membuatkan dia suka membantu keluarganya ketika membuat kerja rumah. Ketiga-tiga nilai ini patut dicontohi dan dipupuk dalam diri kita untuk melahirkan keluarga yang hidup harmoni dan sejahtera.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021