Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Eh!!! Media Sosial Bab 7

Bab 7 Isu Dalam Rangkaian Sosial Dalam Kalangan Pengguna
Assalamualaikum semua... Hai!! Anyeong!!! Harini saya nak membincangkan tentang isu rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Sudah tidak asing lagi, penggunaan media sosial ini banyak memberikan kebaikan serta keburukan kepada kita sebagi pengguna sejati dalam era globalisasi ini. Cewahhhh!!! Haaaa! Tahu tak semua yang isu rangkaian sosial ni banyak memberikan impak negatif kepada pengguna lebih-lebih lagi dalam isi penggunaan bahasa yang betul dan tepat. Pelbagai kajian yang dibuat untuk membuktikan isu ini adalah sahih dan tepat. Jadi, saya telah menyediakan satu mind map untuk menerangkan serba sedikit mengenai kajian-kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar dalam bidang ini. Jom! Kita lihat dan fahami betul-betul. Selamat membaca semua.... 


p/s: Sebarang pengetahuan yang lebih lanjut, boleh dapatkan buku 'Eh!!! Media Sosial', hasil penulisan Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim. 

RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu. 



BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Senaraikan 3 nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 3 : Keluarga Saya.
1) Ringan tulang.
2) Berdikari.
3) Menghargai orang yang tersayang.

Terdapat beberapa nilai yang terdapat dalam cerita sosial ini. Yang paling ketara adalah sifat Alim yang ringan tulang menolong ibu bapanya setiap hari. Nilai ini patut dicontohi oleh masyarakat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kerana nilai ini dapat dipupuk sejak kecil lagi. Nilai kedua yang dilihat dalam cerita sosial ini adalah sifat Alim yang berdikari. Dia akan mengemas sendiri permainannya setelah bermain. Nilai ini ketara menunjukkan sifat Alim yang telah dipupuk oleh ibu bapanya supaya berdikari. Yang ketiga adalah menghargai orang yang tersayang. Sifat Alim yang menghormati ibu bapanya membuatkan dia suka membantu keluarganya ketika membuat kerja rumah. Ketiga-tiga nilai ini patut dicontohi dan dipupuk dalam diri kita untuk melahirkan keluarga yang hidup harmoni dan sejahtera.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK

Pengetahuan mengenai asas grafik amatlah penting dalam menghasilkan foto atau video yang baik dan berkualiti. Terdapat 5 kepentingan asas grafik yang patut diketahui dalam menghasilkan sesuatu yang menarik. Saya telah sertakan gambar mind map  dengan keterangan ringkas berkenaan kepentingan asas grafik yang dikemukakan dalam buku 'Multimedia Dalam Bahasa', hasil tulisan Normaliza Abd Rahim(2019).

Untuk keterangan yang lebih lanjut, anda boleh lihat pada halaman 74 dan 75 iaitu keterangan yang lebih jelas tentang kepentingan asas grafik.
 

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

                                                                                     

Friday, May 1, 2020

BBM3410Satu2020 : Aktiviti Bab 1 Media Sosial : Gambaran Keseluiruhan

Aktiviti 1 Manfaat atau Kelebihan Media Sosial dalam Kehidupan Seharian Anda.


Aktiviti 2 Manfaat atau Kelebihan Media Sosial dalam Kelas Bahasa


Aktiviti 3 Dua daripada Aplikasi Media Sosial dan Kelemahannya


RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.  


BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Senaraikan 3 nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa
1) Pemurah
2) Menghargai pemberian orang
3) Rajin membantu keluarga

Pada pendapat saya, terdapat 3 nilai yang ditonjolkan dalam cerita sosial ini ialah pemurah, menghargai pemberian orang serta rajin membantu keluarga. 3 nilai ini adalah sangat bagus dicontohi dalam kalangan pembaca. Pembaca dapat mengambil iktibar dan menerapkan nilai-nilai ini dalam kehidupan seharian mereka. Sikap Alim yang didik oleh ibu bapanya mampu mempengaruhi emosi dalam kalangan pembaca. 

 

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020 : RULES OF THIRD (NORMALIZA ABD RAHIM , 2019)

Assalamualaikum fathinerzz... Sis dah ada akaun facebook tau. Jangan lupa follow akaun facebook sis okkies. Saya sudah sertakan akaun facebook saya disini dan jangan lupa Like my first post berkaitan dengan penggunaan Rule of Third untuk swafoto ye. Semoga informasi yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat untuk anda dalam penghasilan swafoto yang berkualiti dan sempurna. Byeeee! Annyeong!!

Tugasan ini dilakukan untuk memberi pencerahan berkaitan kepentingan penggunaan Rule of Third dalam swafoto. Kebanyakan pengguna selalu mengambil gambar semborono dan selalu mengabaikan kotak grid yang terdapat pada kamera phone masing-masing. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak mngetahui maksud penggunaan kotak grid tersebut. Maka, tidak salahlah bagi saya untuk menerangkan serba sedikit tentang penggunaan teknik ini. Saya telah memuat naik post berkenaan dengan Rile of Thirds ini. Semoga info yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada anda. <3



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021