Saturday, July 18, 2020

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021














BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021

Bunga mawar indah berseri,
Assalamualaikum ucapan diberi...

Assalamualaikum semuaaaaa!!!! Akhirnya minggu yang dinanti-nantikan telah pun tiba... Yesss! hahahahahahah okk kali ini, kami diberi tugasan untuk buat kalendar tahun depan. hurmmm selama ni tak pernah buat pun sebab selalu dapat percuma je kalendar kalau beli barang. hahahahahahahah

Secara jujurnya, sepanjang proses pembikinan kalendar ini amat mencabar ye tuan-tuan dan puan-puan. Bukan setakat ni je, bila tahu dari ketua kena muat naik aplikasi Photoshop pun dah mencabar. Dengan laptop hang, dan sampai tak bernyawa dah laptop tu. Dah boleh buat persediaan kenduri arwah dah. Tapi ilmu ni bukan senang nak dapat. Susah memang susah, tapi bila dah tahu nak buat FUHHHHHHHH ! 

Antara cabaran yang saya hadapi adalah apabila nak sesuaikan diri menggunakan Photoshop ni. Sampai kena perli dengan abang "noob sebab guna ps daripada guna Ai". Tapi tidak mengapa, semua itu dugaan dan anasir-anasir jahat yang patut dinyahkan segera. Itu semua dari sudut negatif.

Dalam negatif akan terselit positif kan? Positifnya ialah.. kita dapat reka kaledar kita mengikut citarasa tersendiri. Puas hati sangat sebab dapat masukkan gambar kawan-kawan, keluarga dan orang tersayang.. 

Memandangkan ini merupakan kali terakhir saya menulis blog (mungkin), saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika penulisan blog saya kurang baik dan membuatkan ramai tersinggung... Saya harapkan semoga segala ilmu yang dicurahkan di sini dapat memberikan manfaat kepada anda semua! Selamat tinggal, ada jodoh kita jumpa lagi!!! Annyyeeooonngggg! 


p/s: hahahahahha  semua mesti menantikan kaledar saya kan? Okk boleh tengok ye! Kalau terpegun, boleh tinggalkan komen kat bawah  untuk pre-order kalendar saya huhuhuhu... OHhh untuk encik akmal, jangan risau. Nanti saya pos kat rumah ye! Selamat menikmati dan jangan mengata dalam hati!


Friday, June 19, 2020

BBM3410Satu2020 : PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Apakah perbezaan antara Facebook dan Twitter??
 1. Twitter lebih mudah diakses kerana berlakunya kekerapan dalam kalangan pengguna terutamanya pelajar.

2. Twitter lebih pantas dan efisyen. Hal ini dikatakan demikian kerana Twitter tidak mempunyai masalah lewat atau laam berhenti berfungsi.

3. Twitter lebih cepat memaparkan informasi terkini. Ramai dalam kalangan pengguna Twitter cepat mendapatkan informasi tidak kira perkara itu melibatkan perkara formal atau tidak formal.

4. berbanding dengan Facebook, Facebook lebih kerap digunakan dalam kalangan pelajar untuk tujuan interaksi dalam melakukan projek.

5. Kebanyakan penggunaan Facebook ini banyak menggunakan platform ini untuk membuat perbincangan, manakala Twitter lebih kepada peribadi.

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

Assalamualaikum semua! Hari ini saya akan memblog tentang Model Penceritaan berkaitan Lagu 1 Keluarga. Logo tersebut menceritakan tentang keakraban sesuatu hubungan adalah melaui hubungan kekeluargaan. Siapalah kita di dunia ini tanpa keluarga. Kehidupan yang harmoni dapat dilihat melalui keakraban hubungan kekeluargaan. Selain daripada rakan baik, keluarga la orang pertama yang bersama kita menempuh dugaan dan cabaran di dunia ini. Sehubungan dengan itu, janganlah kita membelakangi keluarga kita walaupun kita mempunyai segala-galanya di dunia ini. Saya memilih logo itu kerana ia dapat menggambarkan kasih sayang keluarga tidak mampu ditandingi oleh sesiapa pun. Sayangi dan hargailah keluarga yang tersayang.
#keluargakusyurgaku
#BBM3410Satu2020
#ProfDrN
#ProfDrNSatu2020




Gambar yang di post melaui Facebook

Gambar yang di post melalui Twitter


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu. Kuala Nerus. Terengganu.

BBM3410Satu2020: PETA MINDA UNTUK WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!! Bertemu kembali kita ye. Pada hari ini, saya akan membawa anda semua ke dalam dunia watak perwatakan dalam animasi drama dan filem.

Semua pasti tahu seba sedikit fungsi atau tarikan watak yang ditonjolkan dalam animasi, drama dan filem, bukan? Tunggu apa lagi! Ayuh semua. Yeorobun!!! Kaja!!!!!

Watak dan Perwatakan adalah sangat penting dalam merakam animasi, drama dan filem. Hal ini dikatakan demikian kerana jika tiada garam, maka tidak sedaplah makanan itu. Sama juga macam jika tiada watak dan perwatakan, maka tidak lengkaplah cerita itu. Ecehhhh!!! Jadi, sesiapa yang pandai berlakon atau minat bab berdrama depan kamera atau realiti ini, jangan rasa diri tu syok sendiri atau gedik. Sebenarnya andalah penyeri dalam drama itu. Tanpa anda apalah sangat drama tu. Hahahahhaahahhaha!

Okk saya ada sertakan nota ringkas berkaitan kepentingan watak dan perwatakan ini. Boleh lihat, baca dan hayati kemahiran anda , okiess!


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia,. Selangor.

Friday, June 12, 2020

BBM3410Satu2020 : AKTIVITI BAB 8 : IMPLIKASI PEDAGOGI

BAB 8 : IMPLIKASI PEDAGOGI

Peranan guru, pelajar dan kerajaan amatlah penting dalam perkembangan dan peningkatan tahap pendidikan di Malaysia kini. Pada eraglobalisasi ini, sudah tidak asing lagi penggunaan teknologi memainkan peranan penting sebagai platform penyampaian ilmu yang berterusan. Kemudahan yang disediakan mampu melancarkan sesi pembelajaram dan pengajaran serta memudahkan penyampaian ilmu kepada pelajar. Antara impak rangkaian sosial dalam proses pembelajaran :


Selain itu, antara impak perlaksaaan penggunaan media sosial dalam proses pembelajaran :


Di samping itu, antara tugas guru, pelajar dan kerajaan untuk memastikan kejaayn perlaksanaan penggunaan sosial media dan rangkaian sosial dalam kelas:


Secara kesimpulannya, penerapan rangkaian sosial dalam sistem pembelajaran dan pengajaran amatlah bagus digunakan dan diamalkan. Penggunaan teknologi ini mampu meningkatkan tahap pendidikan negara di peringkat dunia mengikut arus semasa. 

RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu. 

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

Assalamualaikum semua. Cerita Alim kembali!!!!

Cerita Sosial 5 : Jiran
Senarai nilai-nilai yang terkandung dalam cerita sosial ini:
1) Bertanggungjawab dan berdikari.
2) Rajin membaca
3) Pemurah

Antara ketiga-tiga nilai ini, kita dapat menilai sendiri perwatakan dan keperibadian Alim. Saya mendapati bahawa Alim seorang yang bertanggungjawab apabila dia suka mengemas buku selepas habis membaca. Sikap ini amatlah bagus untuk dicontohi oleh setiap lapisan masyarakat. Selain itu, sikap rajin membaca ini jelas ditonjolkan oleh Alim apabila dia rajin membaca tidak kira waktu sama ada siang atau malam. Di samping itu, cerita-cerita sebelum ini juga ada menjelaskan bahawa sikap pemurahnya ini tidak dapat disangkal apabila Alim selalu berkongsi dengan sesiapa sahaja sama ada dengan keluarganya, rakannya ataupun Sulaiman, jirannya. Nilai-nilai ini sepatutnya diterapkan dalam kalangan masyarakat khususnya kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana penerapan nilai-nilai yang baik mampu melahirkan insan yang cemerlang pada masa hadapan sama ada dari segi luar dan dalam.



RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021