Saturday, July 18, 2020

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021

Bunga mawar indah berseri,
Assalamualaikum ucapan diberi...

Assalamualaikum semuaaaaa!!!! Akhirnya minggu yang dinanti-nantikan telah pun tiba... Yesss! hahahahahahah okk kali ini, kami diberi tugasan untuk buat kalendar tahun depan. hurmmm selama ni tak pernah buat pun sebab selalu dapat percuma je kalendar kalau beli barang. hahahahahahahah

Secara jujurnya, sepanjang proses pembikinan kalendar ini amat mencabar ye tuan-tuan dan puan-puan. Bukan setakat ni je, bila tahu dari ketua kena muat naik aplikasi Photoshop pun dah mencabar. Dengan laptop hang, dan sampai tak bernyawa dah laptop tu. Dah boleh buat persediaan kenduri arwah dah. Tapi ilmu ni bukan senang nak dapat. Susah memang susah, tapi bila dah tahu nak buat FUHHHHHHHH ! 

Antara cabaran yang saya hadapi adalah apabila nak sesuaikan diri menggunakan Photoshop ni. Sampai kena perli dengan abang "noob sebab guna ps daripada guna Ai". Tapi tidak mengapa, semua itu dugaan dan anasir-anasir jahat yang patut dinyahkan segera. Itu semua dari sudut negatif.

Dalam negatif akan terselit positif kan? Positifnya ialah.. kita dapat reka kaledar kita mengikut citarasa tersendiri. Puas hati sangat sebab dapat masukkan gambar kawan-kawan, keluarga dan orang tersayang.. 

Memandangkan ini merupakan kali terakhir saya menulis blog (mungkin), saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika penulisan blog saya kurang baik dan membuatkan ramai tersinggung... Saya harapkan semoga segala ilmu yang dicurahkan di sini dapat memberikan manfaat kepada anda semua! Selamat tinggal, ada jodoh kita jumpa lagi!!! Annyyeeooonngggg! 


p/s: hahahahahha  semua mesti menantikan kaledar saya kan? Okk boleh tengok ye! Kalau terpegun, boleh tinggalkan komen kat bawah  untuk pre-order kalendar saya huhuhuhu... OHhh untuk encik akmal, jangan risau. Nanti saya pos kat rumah ye! Selamat menikmati dan jangan mengata dalam hati!


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021