Cerita Sosial 5 : Jiran
Senarai nilai-nilai yang terkandung dalam cerita sosial ini:
1) Bertanggungjawab dan berdikari.
2) Rajin membaca
3) Pemurah
Antara ketiga-tiga nilai ini, kita dapat menilai sendiri perwatakan dan keperibadian Alim. Saya mendapati bahawa Alim seorang yang bertanggungjawab apabila dia suka mengemas buku selepas habis membaca. Sikap ini amatlah bagus untuk dicontohi oleh setiap lapisan masyarakat. Selain itu, sikap rajin membaca ini jelas ditonjolkan oleh Alim apabila dia rajin membaca tidak kira waktu sama ada siang atau malam. Di samping itu, cerita-cerita sebelum ini juga ada menjelaskan bahawa sikap pemurahnya ini tidak dapat disangkal apabila Alim selalu berkongsi dengan sesiapa sahaja sama ada dengan keluarganya, rakannya ataupun Sulaiman, jirannya. Nilai-nilai ini sepatutnya diterapkan dalam kalangan masyarakat khususnya kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana penerapan nilai-nilai yang baik mampu melahirkan insan yang cemerlang pada masa hadapan sama ada dari segi luar dan dalam.
RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment