Friday, June 19, 2020

BBM3410Satu2020 : PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Apakah perbezaan antara Facebook dan Twitter??
 1. Twitter lebih mudah diakses kerana berlakunya kekerapan dalam kalangan pengguna terutamanya pelajar.

2. Twitter lebih pantas dan efisyen. Hal ini dikatakan demikian kerana Twitter tidak mempunyai masalah lewat atau laam berhenti berfungsi.

3. Twitter lebih cepat memaparkan informasi terkini. Ramai dalam kalangan pengguna Twitter cepat mendapatkan informasi tidak kira perkara itu melibatkan perkara formal atau tidak formal.

4. berbanding dengan Facebook, Facebook lebih kerap digunakan dalam kalangan pelajar untuk tujuan interaksi dalam melakukan projek.

5. Kebanyakan penggunaan Facebook ini banyak menggunakan platform ini untuk membuat perbincangan, manakala Twitter lebih kepada peribadi.

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

Assalamualaikum semua! Hari ini saya akan memblog tentang Model Penceritaan berkaitan Lagu 1 Keluarga. Logo tersebut menceritakan tentang keakraban sesuatu hubungan adalah melaui hubungan kekeluargaan. Siapalah kita di dunia ini tanpa keluarga. Kehidupan yang harmoni dapat dilihat melalui keakraban hubungan kekeluargaan. Selain daripada rakan baik, keluarga la orang pertama yang bersama kita menempuh dugaan dan cabaran di dunia ini. Sehubungan dengan itu, janganlah kita membelakangi keluarga kita walaupun kita mempunyai segala-galanya di dunia ini. Saya memilih logo itu kerana ia dapat menggambarkan kasih sayang keluarga tidak mampu ditandingi oleh sesiapa pun. Sayangi dan hargailah keluarga yang tersayang.
#keluargakusyurgaku
#BBM3410Satu2020
#ProfDrN
#ProfDrNSatu2020




Gambar yang di post melaui Facebook

Gambar yang di post melalui Twitter


RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu. Kuala Nerus. Terengganu.

BBM3410Satu2020: PETA MINDA UNTUK WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!! Bertemu kembali kita ye. Pada hari ini, saya akan membawa anda semua ke dalam dunia watak perwatakan dalam animasi drama dan filem.

Semua pasti tahu seba sedikit fungsi atau tarikan watak yang ditonjolkan dalam animasi, drama dan filem, bukan? Tunggu apa lagi! Ayuh semua. Yeorobun!!! Kaja!!!!!

Watak dan Perwatakan adalah sangat penting dalam merakam animasi, drama dan filem. Hal ini dikatakan demikian kerana jika tiada garam, maka tidak sedaplah makanan itu. Sama juga macam jika tiada watak dan perwatakan, maka tidak lengkaplah cerita itu. Ecehhhh!!! Jadi, sesiapa yang pandai berlakon atau minat bab berdrama depan kamera atau realiti ini, jangan rasa diri tu syok sendiri atau gedik. Sebenarnya andalah penyeri dalam drama itu. Tanpa anda apalah sangat drama tu. Hahahahhaahahhaha!

Okk saya ada sertakan nota ringkas berkaitan kepentingan watak dan perwatakan ini. Boleh lihat, baca dan hayati kemahiran anda , okiess!


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia,. Selangor.

Friday, June 12, 2020

BBM3410Satu2020 : AKTIVITI BAB 8 : IMPLIKASI PEDAGOGI

BAB 8 : IMPLIKASI PEDAGOGI

Peranan guru, pelajar dan kerajaan amatlah penting dalam perkembangan dan peningkatan tahap pendidikan di Malaysia kini. Pada eraglobalisasi ini, sudah tidak asing lagi penggunaan teknologi memainkan peranan penting sebagai platform penyampaian ilmu yang berterusan. Kemudahan yang disediakan mampu melancarkan sesi pembelajaram dan pengajaran serta memudahkan penyampaian ilmu kepada pelajar. Antara impak rangkaian sosial dalam proses pembelajaran :


Selain itu, antara impak perlaksaaan penggunaan media sosial dalam proses pembelajaran :


Di samping itu, antara tugas guru, pelajar dan kerajaan untuk memastikan kejaayn perlaksanaan penggunaan sosial media dan rangkaian sosial dalam kelas:


Secara kesimpulannya, penerapan rangkaian sosial dalam sistem pembelajaran dan pengajaran amatlah bagus digunakan dan diamalkan. Penggunaan teknologi ini mampu meningkatkan tahap pendidikan negara di peringkat dunia mengikut arus semasa. 

RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu. 

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

Assalamualaikum semua. Cerita Alim kembali!!!!

Cerita Sosial 5 : Jiran
Senarai nilai-nilai yang terkandung dalam cerita sosial ini:
1) Bertanggungjawab dan berdikari.
2) Rajin membaca
3) Pemurah

Antara ketiga-tiga nilai ini, kita dapat menilai sendiri perwatakan dan keperibadian Alim. Saya mendapati bahawa Alim seorang yang bertanggungjawab apabila dia suka mengemas buku selepas habis membaca. Sikap ini amatlah bagus untuk dicontohi oleh setiap lapisan masyarakat. Selain itu, sikap rajin membaca ini jelas ditonjolkan oleh Alim apabila dia rajin membaca tidak kira waktu sama ada siang atau malam. Di samping itu, cerita-cerita sebelum ini juga ada menjelaskan bahawa sikap pemurahnya ini tidak dapat disangkal apabila Alim selalu berkongsi dengan sesiapa sahaja sama ada dengan keluarganya, rakannya ataupun Sulaiman, jirannya. Nilai-nilai ini sepatutnya diterapkan dalam kalangan masyarakat khususnya kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana penerapan nilai-nilai yang baik mampu melahirkan insan yang cemerlang pada masa hadapan sama ada dari segi luar dan dalam.



RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020 : ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Assalamualaikum semua... bertemu kembali kita pada hari yang barakah ini. Semua pasti pernah dengarkan tentang animasi, drama dan juga filem?? Pernah kan?? Tetapi masih ramai sebenarnya masih keliru dengan perbezaan animasi, drama dan juga filem. Jadi, tugas saya pada harini sudah semestinya akan menerangkan serba sedikit tentang ketiga-tiga elemen itu. AAAjjjoomssss la kitaaaaaa!

Di bawah saya akan sertakan peta minda yang telah dibuat bagi memudahkan anda semua okk!

1) Animasi : Gambar bergerak terbentuk daripada sekumpulan objek (gambar) yang disusun secara beraturan mengikuti alur pergerakan yang telah ditentukan pada setiap penambahbaikan waktu.

2) Drama : gambar yang berbentuk satu siri, dua siri atau beberapa episod dan terdiri daripada pelakon utaman yang sama dari episod pertama sehingga episod akhir.

3) Filem : terdapat satu siri dan disiarkan selama 1 jam setengah / 2 jam/ 3 jam bergantung kepada jenis filem yang disiarkan.

Antara langkah penyediaan
1) Peta minda watak dan perwatakan
2) Plot
3) Latar bagi setiap babak
4) Skrip
5) Papan cerita


Jadi, sesiapa di sini ingin menegtahui dengan lebih lanjut boleh dapatkan buku 'Multimedia Dalam Bahasa' di pasaran ye.

Adios, amigos!
#sekarangdahpkpp
#rayafasakeduadimulakan
#hatihatidijalanraya

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia Dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia,. Selangor.

Friday, June 5, 2020

BBM3410Satu2020: AKTIVITI BAB 7 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Assalamualaikum semua, harini saya ingin membincangkan beberapa aktivti dalam buku Media Sosial. Terdapat faedah penggunaan media sosial ni. Tetapi, setiap faedah pasti akan ada kekurangannya sebab tidak semua sempurna di dunia ini.
 antara faedah yang dapat dalam penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar.

impak negatif dalam kalangan pelajar ketika menggunakan media sosial,

cadangan tentang cara penggunaan media sosial yang dapat memberi faedah kepada pembaca. 

RUJUKAN 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu. 

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4

Assalamualaikum semua. Back to normal life again. excited sebab nak sambung balik cerita tentang Alim.
Cerita Sosial 4: Hati
Terdapat nilai yang diperoleh daipada cerita sosial ini. Nilai tersebut ialah :
1) Sikap pemurah dengan berkongsi makanan bersama-rakan-rakan.
2) Menghormati ibu bapa dengan mendengar kata tanpa membantah.
3) Berdikari.

Pada pendapat saya, ketiga-tiga nilai ini patut dicontohi oleh semua lapisan masyarakat kerana penerapan nilai-nilai yang positif dalam diri dapat melambangkan identiti seseorang. Melalui cerita ini, kita mampu melihat didikan ibu bapa Alim kepada anak-anaknya sangat bagus dan patut dicontohi. Nilai yang paling ketara dapat dilihat adalah sikap Alim yang pemurah, pandai berdikari dan sangat menghormati ibu bapanya merupakan nilai yang baik.


RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Assalamualaikum semuaaaaa..... Apa khabar!!!!! soooo dah mahir ke tangkap gambar semuaaa??? JADI, HARINI KITA AKAN MENGEMBARA KE CARA-CARA MERAKAM VIDEO PULA. OOHHHHYEAHHHH!!!. Sebelum itu, kita akan mengenali dulu jenis-jenis video, ok?
LET'S BEGINNNNN!!!

Terdapat 8 jenis asas videografi yang dikemukakan dalam buku Multimedia Dalam Bahasa.
1) Video One Shot , Video One Shot Two Layer. Video One Shot Three Layer
2) Video Fokus/ Tanpa Wajah
3) Video Lagu
4) Video Seram
5) Video Tragedi
6) Video Dokumentari
7) Video Setempat
8) Video Temu Bual

Kebanyakan asas videografi ini  berdurasi ada yang kurang 3 minit, ada yang 4 minit dan ada juga berdurasi selama 7 minit.

           
Ni merupakan gambar nota yang dibuat dengan ringkas merujuk kepada buku yang berjudul 'Multimedia Dalam Bahasa', Normaliza Abd Rahim.

Untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai asas videografi, boleh dapatkan buku di pasaran ye! Have fun
#amaliminggu8
#sayaokk
#staysafe
#salamrayake13

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021