Wednesday, March 25, 2020

BBM3410Satu2020 : PROF LIKE IG

Assalamualaikum dan hai semua, annyeong, chinggu-deul!
Hakak kembali menceriakan hari-hari anda ! Yeayyy!!!

Musim-musim COVID 19 ni memang tak kemana la kita semua ye dak. Kepada semua yang bertanya, ada je ni ha kat rumah. nak cerita, hakak duk skrol-skrol ig kan, PAP! Ada sesuatu yang MENGEJUTKAN DUNIA HAKAK DAN CLASSMATE DARI LENA YANG PANJANG!
Pada tanggal 23 Mac 2020 jam 9.35 pagi *tak silap* , Muncul nama Ig drnormaliza LIKE THREE OF MY POST AND MY COMMENT PADA POST ORANG HAHAHAHAHAH... PERASAAN? YA ALLAH, SYUKURRR.. APA YANG DIBUAT? STRAIGHT SS AND SAVE ! MUAHAHAHAHAHHHAHA *gelak jahat* Asal? tak caya? meh sini hakak tunjuk haaaa

           
                               Gambar ni prof like my comment and siap reply lagi.. hahahahah tak
                               sia-sia ingat ayat prof time syarahan Prof Vijaya


                   
                               Dua gambar ni haaaaaa bangga weyh Prof like... dah la lawa time tu
                               Mak, Terima kasih untuk baka yang lawa huhuhuhu jasamu dikenang..

Happy bak hang!!!! Dah la like yang 10 selfie MAIGADDDD!!! MESTI PROF BANGGA PELAJAR PROF LAWAAAAA... HAAHHAHAA gurau je kikikiki

Pesanan penaja: hakak harap kalian semua tak murung atau merenung ke luar jendela bayu pagi meniup lembut bersempena Kempen Kawalan Pergerakan COVID 19 ni. Hakak pun kebosanan juga duduk rumah dik oii sama la cam korang juga... Semua aktiviti dah buat, setakat dua tiga hari takpe la ulang, ni kalau dah 14 kali ulang, boleh sakit kepala bak hang bak kata oghang utagha hahahahahahha. Its okay, all of this for our safety, am I right, buddies? okk ikut arahan yang diberikan okk, tak lama haihhh 2 minggu jaaa sabaq naa adik-adik semua

okk bye semua, annyeonghaseyooo!!!

#juststayathome #merenungkeluarjendelapunbest #adios


Monday, March 16, 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY

https://www.youtube.com/watch?v=XVKAP30jRRo&feature=youtu.be


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Tuesday, March 10, 2020

BBM3410Satu2020 : Video Asas fotografi

https://www.youtube.com/watch?v=iYWFNFz-Lcw&feature=youtu.be

Hasil video berkaitan asas fotografi :
1) siluet
2) pendua
3) kabur
4) bayang
5) Bird's eye view

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

BBM3410Satu2020: Post Instagram


RUJUKAN

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.


Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: NOTA RINGKAS ASAS GRAFIK


Definisi :
Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik.

Elemen Asas Grafik :
- Terdapat 5 elemen asas grafik

a) Mudah 
-didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video.
-contoh : gambar ombak di pesisiran pantai. Walaupun tiada teks dalam gambar tersebut, namun kita dapat tahu bahawa gambar tersebut ingin menunjukkan gambar suasana pantai. 

b) Warna
- didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto mahupun video.
- penggunaan warna yang menyerlah untuk menyampaikan sesuatu mesej melalui gambatr tersebut.

c) Teks 
- merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik dan bertujuan untuk pemahaman tentang mesej yang hendak disampaikan melalui grafik.
- contoh : iklan air minuman yang menggunakan teks dan saiz font yang besar untuk menyampaikan maklumat untuk pembeli.

d) Kesesuaian
- didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto ataupun video.
-contoh : Animasi 'Kampung Boy' yang menceritakan tentang budak yang tinggal di kampung. Suasana di kampung yang digambarkan memalui animasi ini amat sesuai dan  mendamaikan malah masih mengamalkan rutin harian sebenar orang kampung.

e) Keseimbangan
- keseimbangan yang merujuk tentang ruang dalam foto atau video.
- ruang yang diperhatikan ialah ruang kiri, ruang kanan, ruang atas dan ruang bawah hendaklah semibang dan tidak boleh berat sebelah.
-keseimbangan ini berkait rapat dengan penggunaan Rule of Thirds terutamanya dalam gambar. 

Kepentingan Asas Grafik :
a) Menarik
-Setiap grafik yang mengandungi asas grafik yang sesuai akan dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk membaca atau menonton dan memahami mesej yang ingin disampaikan. 
- Setiap penghasilan foto atau video yang menarik mampu menarik minat dan meninggalkan kesan kepada masyarakat.

b) Mudah difahami
- Pengahasilan foto atau video yang ingin disampaikan perlulah mudah dan difahami oleh masyarakat.
-Konsep yang dibuat hendaklah mudah.

c) Ketara
-Penghasilan foto atau video hendaklah mudah dan tidak menimbulkan kekeliruan tentang makna yang disampaikan.

d) Mesej
- Mesej yang ingin disampaikan perlulah sesuai dengan gambar atau video yang dipilih seta difahami oleh masyarakat.

e) Promosi
-Asas grafik yang penting untuk memberi kesan yang positif terhadap mempromosikan sesuatu.
- contoh : Promosi tahunan di pusat beli belah.

Bahan-bahan Asas Grafik :
a) Bunting/Banner
b) Pamphlet
c) Poster 
d) Gambar/ Foto
e) Billboard
f) Video

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacan Kritis (Vandijk, 1977)


VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi mempunyai teori VanDijk (1977). Teori tersebut menyatakan terdapatnya kerangka pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Elemen yang terdapat di dalamnya meliputi makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Struktur makro lebih memfokuskan kepada analisis daripada makna global sesuatu teks atau tema sesuatu teks. Bagi struktur mikro pula, struktur ini  memfokuskan makna lokal daripada sesuatu teks daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Rujukan/Bibliografi

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi

Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah 7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau startegi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau startegi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.

      Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakab topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan masa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain daripada bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 12 strategi komunikasi yang dipelopori oleh Dornyei dan Scott, 1997. Strategi Pengelakan atau Pengurangan terbahagi kepada dua iaitu pengabaian/peninggalan mesej dan pengelakan topik. Hal ini bermaksud komunikasi dapat dikurangkan dengan mengabaikan sesuatu mesej yang disampaikan. Bagi peringkat pencapaian atau strategi pampasan pula, antara 9 strategi ialah parafrasa, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, cipta perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa yang membawa maksud menggunakan non verbal seperti pergerakan badan, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan. Strategi seterusnya pula ialah penangguhan atau strategi tambahan waktu iaitu penggunaan perkataan yang tiada makna/strategi penanda.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim(2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


,


BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM


Pengunaan Instagram semakin meluas tidak mengira usia, umur dan pangkat. Menurut Noraein Mansor danNormaliza Abd Rahim, Instagram didefinisikan sebagai sebuah telefon bimbit dalam pertalian perkongsian foto, video dan perkhidmatan rangkaian sosial yang membolehkan pengguna-penggunayan mengambil gambar dan video. Pelbagai manfaat penggunaan Instagrm kepada kalangan pengguna. Antara manfaatnya ialah dapat membantu dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek daripada Instagram pengguna lain melalui akaun mereka. Ilmu yang dipelajari dapat memberi manfaat kepada mereka jika ingin merakam video dengan baik. Selain itu, Instagram juga memberi peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain. Sebagai contoh, kebanyakan chef-chef menggunakan Instagram untuk memuat naik video masakan untuk tontonan umum. Hasil kajian mirip dengan  kajian yang dilakukan oleh Sebah Al Ali (2014) dan Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah (2016) yang menyatakan bahawa Instagram berupaya untuk meningkatkan penggunaan teknologi. Penggunaan Instagram boleh menggunakan telefon bimbit yang boleh dimuat turun memalui aplikasi-aplikasi telefon bimbit. Di samping itu, kajian yang hampir sama dengan kajian Normaliza Abd Rahim dan Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell (2013) menyatakan juga pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan berkongsi pengetahuan mereka. Medium ini mampu meningkatkan keupayaan mereka dalam penggunaan teknologi. Bagi pengajar,  cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Manfaat seterusnya juga dapart menyumbang kepada pengguna Instagram untuk menggunakan teknologi dengan cara yang betul. Pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar. 
RUJUKAN

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) berkaitan tajuk 'Keputusan dan Perbincangan' dalam Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa menunjukkan tiga kajian objektif berkaitan blog iaitu  dalam Pengajian Kesusasteraan, Pembelajaran Bahasa dan Pembelajaran Teknologi. Beerdasarkan ketiga-tiga tajuk objektif kaajian yang dilakukan menunjukkan peratusan wanita adalah lebih tinggi berbanding peratusan lelaki. 


Dalam graf 6.1 mengenai kajian blog dalam Pengajian Kesusasteraan menunjukkan peratusan penggunaan blog bagi  perempuan adalah lebih tinggi berbanding peratusan lelaki. Antara genre yang dilihat adalah dari segi puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Peratusan penggunaan medium blog bagi perempuan telah menunjukkan peratusan yang lebih tinggi berbanding lelaki. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka menyatakan bahawa medium blog merupakan medium terbaik untuk berkarya atau mengarang iaitu sebanyak 80% (24 responden wanita) berbanding 66.7% (20 responden lelaki). Kebanyakan mereka menggunakan blog untuk menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan serta latihan penggunaan perkataan baharu. Bagi genre cerpen, peratusan antara lelaki dan perempuan menunjukkan peratusan paling tinggi iaitu melebihi 80%. Hal ini dikatakan demikian kerana penulisan yang dibuat adalah untuk menambah baik kemahiran menulis. Bagi skrip pula, penulisan ini dikatakan sangat sesuai untuk penulisan blog dengan menggunakan bahasa sasaran. Selain itu, penulisan pantun juga menunjukkan bilangan peratusan yang tinggi. Responden wanita lebih menyukai menulis pantun kepada kerana mereka mengetahui cara untuk menulis pantun. Penulisan genre-genre kesusasteraan ini telah meningkat motivasi dan tahap keyakinan mereka untuk menyumbangkan idea dalam penulisan karya.

Selain daripada penulisan blog dalam pengajian Kesusasteraan, responden juga menyatakan penulisan blog ini juga merupakan alat pembelajaran bahasa. Merujuk graf 6.2, perkara yang dilihat ialah penulisan surat, meluahkan perasaan dan penulisan teka-teki. Bagi responden perempuan, peratusan penggunaan blog sebagai medium meluahkan perasaan adalah paling tinggi berbanding penulisan surat dan penulisan teka-teki. Hal ini dapat dilihat kesemua responden perempuan menyatakan bahawa meluahkan perasaan melalui blog adalah yang terbaik iaitu sebaanyak 100% (30 responden wanita). Hal ini dikatakan demikian kerana mereka menggunakan blog untuk menulis secara peribadi. Merujuk peratusan lelaki pula, mereka lebih cenderung dalam penulisan teka-teki berbanding yang lain  iaitu sebanyak 93.3% (28 responden lelaki). Mereka lebih menyukai menulis teka-teki kerana banyak menerima banyak komen daripada pembaca. 

Dalam penulisan blog di dalam Pembelajaran teknologi pula, peratusan yang ditunjukkan lebih cenderung kepada penggunaan video, audio dan gambar. Merujuk graf 6.3, peratusan responden wanita menunjukkan peratusan paling tinggi berbanding responden lelaki. Ketiga-tiga jenis pembelajaran teknologi bagi peratusan responden perempuan adalah sebanyak 100% bagi video, audio dan gambar. Responden lelaki menyatakan bahawa dengan memasukkan video ke dalam blog mampu memberi kepuasan kepada mereka.  Antara video yang dimuatnaik adalah muzik, cerpen pendek atau dokumentari. Bagi audio pula, kesemua blog bagi responden lelaki dan perempuan mengandungi lagu kegemaran mereka dan terdapat juga senarai lagu yang diletakkan di dalam blog mereka.  Dari segi gambar, peratusan bagi responden lelaki rendah sedikit tetapi masih menunjukkan peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 93% kerana responden wanita yang lebih banyak memuat naik gambar ke dalam blog mereka dengan menggunakan telefon bimbit. 

Kesimpulannya, penulisan blog dalam pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran teknologi menunjukkan kebanyakan responden memperoleh keyakinan melalui penulisan blog. Melalui penulisan blog juga dapat membantu mereka mempertingkatkan kefahaman kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi secara tidak langsung. 

RUJUKAN
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu. 

BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021