Saturday, July 18, 2020
BBM3410Satu2020 : Kalendar 2021
Bunga mawar indah berseri,
Assalamualaikum ucapan diberi...
Assalamualaikum semuaaaaa!!!! Akhirnya minggu yang dinanti-nantikan telah pun tiba... Yesss! hahahahahahah okk kali ini, kami diberi tugasan untuk buat kalendar tahun depan. hurmmm selama ni tak pernah buat pun sebab selalu dapat percuma je kalendar kalau beli barang. hahahahahahahah
Secara jujurnya, sepanjang proses pembikinan kalendar ini amat mencabar ye tuan-tuan dan puan-puan. Bukan setakat ni je, bila tahu dari ketua kena muat naik aplikasi Photoshop pun dah mencabar. Dengan laptop hang, dan sampai tak bernyawa dah laptop tu. Dah boleh buat persediaan kenduri arwah dah. Tapi ilmu ni bukan senang nak dapat. Susah memang susah, tapi bila dah tahu nak buat FUHHHHHHHH !
Antara cabaran yang saya hadapi adalah apabila nak sesuaikan diri menggunakan Photoshop ni. Sampai kena perli dengan abang "noob sebab guna ps daripada guna Ai". Tapi tidak mengapa, semua itu dugaan dan anasir-anasir jahat yang patut dinyahkan segera. Itu semua dari sudut negatif.
Dalam negatif akan terselit positif kan? Positifnya ialah.. kita dapat reka kaledar kita mengikut citarasa tersendiri. Puas hati sangat sebab dapat masukkan gambar kawan-kawan, keluarga dan orang tersayang..
Memandangkan ini merupakan kali terakhir saya menulis blog (mungkin), saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika penulisan blog saya kurang baik dan membuatkan ramai tersinggung... Saya harapkan semoga segala ilmu yang dicurahkan di sini dapat memberikan manfaat kepada anda semua! Selamat tinggal, ada jodoh kita jumpa lagi!!! Annyyeeooonngggg!
p/s: hahahahahha semua mesti menantikan kaledar saya kan? Okk boleh tengok ye! Kalau terpegun, boleh tinggalkan komen kat bawah untuk pre-order kalendar saya huhuhuhu... OHhh untuk encik akmal, jangan risau. Nanti saya pos kat rumah ye! Selamat menikmati dan jangan mengata dalam hati!
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
10 Cara Menulis Blog Dengan Baik. 1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. 2. Cerita menarik yang dapat menarik hat...
-
BAB 1 PEKAKA BERCERITA : ANIMASI DAN LAGU CERITA RAKYAT MELAYU BAB 2 KONFLIK NILAI MELALUI TEK...
-
Assalamualaikum semua, harini saya ingin membincangkan beberapa aktivti dalam buku Media Sosial. Terdapat faedah penggunaan media sosial ni....